Ketinggian Muhammad Adam Daniel turut menarik perhatian Muhammad Sanusi yang melawat mangsa banjir di PPS SMK Tunku Seri Indera Putera pada Isnin. |
JITRA - Seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Adam Daniel Fadzil yang memiliki ketinggian luar biasa melebihi 190 sentimeter menjadi tumpuan mangsa dan petugas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Seri Indera Putera di sini pada Isnin.
Ketinggian Muhammad Adam Daniel turut menarik perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika melawat mangsa banjir di PPS tersebut.
Malah, Muhammad Sanusi yang sempat meluangkan masa beramah mesra dengan Muhammad Adam Daniel juga terkejut apabila diberitahu tentang kasut bersaiz 15 yang dipakai oleh pelajar berkenaan.
Anak bongsu daripada empat beradik yang juga paling tinggi dalam keluarga dengan berat badan 130 kilogram itu memberitahu sudah biasa dengan perhatian yang diberikan oleh orang ramai susulan ketinggian dimilikinya terutama di sekolah.
"Saya tidak menyangka menjadi perhatian mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah apabila kebetulan melalui kawasan ini kerana melihat orang ramai.
"Kemudian, ada yang memanggil saya untuk tangkap gambar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS SMK Tunku Seri Indera Putera di sini pada Isnin.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana kediamannya tidak ditenggelami air, sekali gus membolehkannya membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurutnya, dia juga lega kerana sesi persekolahan pelajar Tingkatan Lima kembali seperti biasa walaupun sekolahnya dijadikan sebagai PPS.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment