Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau terbabit dalam kes siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.
"Wallahi, satu sen pun saya tak ambil”, itu katanya kepada media ketika ditanya berhubung perkara terbabit.
"Dulu dah pernah siasat dan dah pernah dibangkitkan, tapi senyap begitu sahaja. Sekarang timbul balik, apa sebab SPRM nak siasat, saya pun tak tahu.
"Saya tidak terlibat langsung dalam sangkaan buruk itu, kerana sebab ia berlaku sewaktu saya menjadi Menteri Pendidikan," jelasnya ketika menghadiri kenduri rakyat di Kampung Bentong Luar, di Kluang, Johor hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dijalankan kerana yakin tidak terbabit dalam projek kontroversi itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dilapor menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek yang bermula pada 2011.
Sumber : Berita Harian
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment