NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama dengan PH-DAP diterima di Mahkota




PETALING JAYA
Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar tanda rakyat menerima tadbir urus dan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menurut Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata kemenangan juga isyarat dari rakyat bahawa ia harus berusaha lebih kuat untuk memberikan khidmat terbaik.

Zahid mengingatkan bahawa kemenangan hari ini legasi jasa wakil rakyat terdahulu yang kekal dalam ingatan.

Kami akan terus memperbaiki haluan perjuangan ini, menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan untuk Umno dan BN, kerajaan perpaduan, dan seluruh rakyat,

katanya dalam kenyataan, selepas kemenangan BN diisytihar malam tadi.

Buat anakanda Syed Hussien, ingatlah bahawa budi mesti dibalas, kata perlu dikota, janji wajib ditepati.

Sementara itu, naib pengerusi DAP Johor berkata pengundi menerima naratif kestabilan dan pembangunan ekonomi yang giat diusahakan oleh kerajaan perpaduan, dan juga agenda pembangunan oleh kerajaan Johor.

Kemenangan itu juga menunjukkan bahawa rakyat menerima naratif kempen yang bersifat sederhana dan tidak ekstrem, kata Sheikh Umar Bagharib Ali.

Bagi saya apa yang lebih penting, Mahkota akan menjadi testimoni ramuan kempen dan pendekatan politik moderat untuk siri-siri pilihan raya akan datang,
 katanya dalam kenyataan.

BN mempertahankan DUN Mahkota dengan bergaya apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah mendapat 27,995 undi manakala pencabarnya, Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,347 undi.

Sharifah Azizah Syed Zain daripada BN memenangi kerusi itu pada PRN Mac 2022, menewaskan calon Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.

Terdapat 66,318 pemilih berdaftar sempena PRK DUN Mahkota.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo