Anwar Ibrahim berkata, sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin. |
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya menangani isu kenaikan kos.
Tiada yang khusus (mengenai GST) telah dibincangkan. Sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin,
katanya pada sidang media hari terakhir lawatannya ke Rusia, di sini.
Agensi berita asing Bloomberg baru-baru ini melaporkan Malaysia sedang menimbang pelaksanaan semula GST menggantikan pemotongan subsidi bahan api yang biasa digunakan ketika kerajaan berusaha meningkatkan kewangannya.
Anwar berada di sini bagi menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan. Lawatan kerja dua harinya ke bandar pelabuhan terbesar di rantau timur jauh Rusia ini berakhir hari ini.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment