Kerajaan Kelantan terus memantau isu berkaitan GISBH selepas premis pengikut ajaran itu di Kampung Panji di Kota Bharu diserbu pada Sabtu. |
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan terus memantau isu berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini selepas premis pengikut ajaran itu di Kampung Panji di sini diserbu pada Sabtu.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud bagaimanapun berkata, setakat ini tiada keperluan untuk menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara tersebut.
"Pada masa sama kerajaan negeri menyerahkan kepada Jaheaik (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan) untuk meneliti dokumen dan buku berkait GISBH yang ditemui semasa serbuan itu.
"Kita juga berharap serta menyerah kepada pihak polis dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk menyelesaikan isu ini," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Menurut beliau, serbuan itu turut mendapati tiada isu penderaan atau kesalahan moral dikesan berlaku.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan polis merampas puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan oleh GISBH di tepi sungai berhampiran kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji di sini.
Puluhan buku itu ditemukan tertanam di kawasan tebing sungai berkenaan dan perbuatan itu dipercayai dilakukan selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis pada Jumaat.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment