NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan balas ’Nyonya Tua’, cubaan lemah elak diri didakwa – Bersatu



KUALA LUMPUR – Kenyataan terbaharu Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berhubung isu sijil halal boleh disifatkan sebagai cubaan lemah untuk mengelak daripada didakwa susulan siasatan polis terhadap kenyataannya sebelum ini mengenai pensijilan halal mandatori.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, kenyataan Teresa bahawa beliau kini menyokong usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan pensijilan halal dilihat bertentangan dengan pendirian asalnya yang mengkritik cadangan tersebut.

“Teresa kini dilihat cuba ‘menyelamatkan diri’ dengan memutar belit kenyataan asal untuk mengurangkan kontroversi yang timbul. 

“Beliau kini sepertinya amat takut untuk didakwa kerana jika disabitkan kesalahan ini akan boleh menghilangkan jawatan Ahli Parlimennya selain memberikan imej semakin negatif kepada partinya, DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razali berkata, kenyataan balas Ahli Parlimen Seputeh itu juga  lebih daripada usaha terdesak untuk cuba menyelamatkan diri daripada pendakwaan selain cuba memulihkan imej yang tercalar teruk setelah menerima kritikan meluas.

“Bagaimana Teresa kini boleh mendakwa beliau menyokong usaha JAKIM untuk mempromosi pensijilan halal sedangkan beliau sendiri sebelumnya menggunakan alasan kebebasan pilihan pengguna untuk menentang pensijilan halal mandatori.

“Kenyataan beliau ini menunjukkan beliau gagal memahami pensijilan halal adalah satu keperluan asas bagi umat Islam selain merendahkan kepentingan sijil halal yang memerlukan standard dan pengawasan yang tinggi untuk memastikan kepatuhan  kepada syariah,” katanya.

Tambah Razali, kenyataan Teresa menunjukkan beliau tidak mengambilkira potensi pasaran besar dari pengguna muslim baik dalam dan luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkata, Teresa aakn dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkait isu yang sama.

Bekas menteri itu akan memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pukul 10 pagi.

Malah terdapat beberapa saksi lain yang akan dipanggil antaranya pihak JAKIM.

Setakat 2 petang tadi, polis menerima 28 laporan berhubung kenyataan Teresa. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo