NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kenapa dia lebih melenting dari yang Kafir?’



AYER KEROH: Hantaran seorang pempengaruh wanita pro-Pakatan Harapan (PH) di laman Facebook miliknya telah menimbulkan tanda tanya apabila dilihat melenting lebih kuat dari orang bukan-Islam dalam isu sijil halal JAKIM.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Al Hafiz Yahya berkata, hantaran tersebut seolah-olah membayangkan sifat jahil individu tersebut berhubung isu sensitif itu.

“Bila orang jahil yang nak tunjuk pandai… Salah satu manusia yang sudah hilang jati diri dan pegangan agamakah? Halal yang kita isukan adalah untuk restoran orang Islam.

“Kita tak usik restoran nak jual babi, arak.. itu dah tentu tak halal. Yang mereka non-Muslim kita nak sibuk buat apa?” soalnya.

Beliau menyatakan perkara ini dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini susulan hantaran yang dibuat mempengaruhi tersebut.

Dalam satu hantaran Facebook, pempengaruh itu meminta orang ramai berfikir jika ada anak-anak mereka yang bekerja di Singapura, tiba-tiba semua restoran wajib jual makanan ikut agama Buddha dan Kristian.

Pempengaruh itu dalam hantarannya itu turut meminta orang ramai menyatakan pendapat adakah mereka akan berdiam diri atau melawan jika situasi itu berlaku.

Jelas Ustaz Hafiz, contoh yang diberikan oleh pempengaruh itu adalah suatu yang mengarut dan boleh mendatangkan kekeliruan serta perpecahan serta berniat jahat.

Tambah beliau, sistem halal sudah wujud di seluruh dunia ada dan cukup bersih dan suci atau pun halalan toyyibah.

“Yang dia ni Islam, tapi melenting macam orang bukan-Islam. Kenapa? Kalau negara dia orang yang kafir nak syaratkan penganut agama Buddha ikut SOP (prosedur operasi standard) Buddha, baguslah.

“Kristian ikut panduan Kristian dan Islam ikut panduan Islam, cantiklah tu. Mereka dengan agama mereka, kami dengan agama kami,” ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) dalam pada itu telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok atas kenyataan beliau bahawa mewajibkan sijil halal pada restoran-restoran di Malaysia akan memalukan negara.

Laporan dibuat Ustaz Hafiz semalam bersama dengan Ketua Penerangan DPPNM, Anas Abdullah dan beberapa orang lagi Exco DPPNM di Balai Polis Bukit Baru. – HARAKAHDAILY 9/9/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo