KLUANG – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing perlu dikenakan tindakan kerana didakwa menyentuh isu bangsa, agama dan raja (3R) selepas mengatakan jika Perikatan Nasional (PN) memerintah, orang Cina tidak dibenar memakai skirt atau seluar pendek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin mahu melihat sama ada pihak kerajaan berani mengambil tindakan atau hanya akan membiarkannya sahaja.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mencabar King Sing untuk datang dengan berseluar pendek di mana-mana kopitiam di DUN Mahkota.
Kata beliau, ia bagi membuktikan sama ada King Sing akan dimarah, dihalau atau ditahan hanya kerana berseluar pendek bagi membuktikan dakwaannya itu.
“Saya cabar dia datang jumpa saya di mana-mana kopitiam di Mahkota esok dengan pakai seluar pendek. Nak pergi kedai Bah Kut Teh pun boleh saya datang. Saya nak tunjuk kepada puak ini jangan tuduh kita rasis kalau awak yang rasis,” katanya.
Menurut Dr Afif, orang Melayu, India dan Cina hidup selamat bawah PN malah ketika gabungan politik itu menerajui negara semasa Covid-19, semua pihak menerima bantuan tanpa mengira kaum.
Beliau membidas kenyataan menteri terbabit yang disifatkan jahat dan biadab sekali gus tidak menghormati atau menjaga keharmonian masyarakat.
Kenyataan itu, katanya, kurang bijak dan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu memprotes kenyataan tersebut dengan tidak mengundi Barisan Nasional (BN).
Afif berkata, King Sing seperti tidak faham ada tempat yang dilarang memakai seluar pendek semasa berurusan kerana mempunyai etika pemaikaian ditetapkan.
“Ambil contoh pergi hotel ada etika pakaian, pergi sekolah ada etika pakaian, pergi masuk restoran mahal ada etika pakaian, dia tak bagi masuk kalau pakai seluar pendek dengan tidak pakai kasut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini malam tadi.
King Sing semasa berucap pada majlis Kebudayaan Mahkota bersama sekumpulan masyarakat di Kampung Masjid Lama di sini malam semalam menggesa pengundi Cina di Mahkota keluar mengundi dan membuat pilihan yang tepat pada Sabtu ini.
Beliau berkata, jika mereka tidak mengundi dengan bijak, mereka mungkin kehilangan hak untuk memakai seluar pendek dan berskirt mini.
Katanya lagi, sekiranya orang Cina tidak mengundi akan memberi isyarat sokongan terhadap pandangan yang dipromosikan oleh Pas.
“Saya bergurau dengan beberapa wanita. Saya kata, di Mahkota, kita ada pilihan raya kecil (PRK)… Ada parti yang mengetengahkan pandangan agama dan etnik mereka. Bagaimanakah kita akan melindungi nilai kita sendiri?
“Saya secara berseloroh memberitahu mereka, kerana dia memakai skirt yang tidak menutupi lututnya.
“Saya berkata, ‘anda perlu melindungi hak ini, jika tidak, lain kali, anda tidak akan berpeluang memakai skirt mini atau seluar pendek seperti itu. Anda hanya boleh menggantungnya di dalam bilik anda’.
“Jika di Mahkota ini, dengan hanya satu undi, kita tidak berusaha untuk menyokong PRK ini, ini menunjukkan masyarakat Cina kita menyokong pandangan yang dianjurkan oleh Pas,” katanya.
Kira-kira 35 peratus pengundi Mahkota adalah Cina, 54 peratus Melayu, dan lapan peratus India.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment