NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan DUN Mahkota bukti pengundi sokong BN berada dalam kerajaan – Azalina



KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota membuktikan rakyat mula memberikan kepercayaan kepada gabungan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kemenangan itu memberikan isyarat bahawa kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan juga telah diterima rakyat khususnya pengundi DUN Mahkota.

“Ia juga merupakan menunjukkan bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin dan meneruskan segala usaha baik yang telah dirancang sebelum ini.

“Selain itu, kejayaan ini juga menjadi isyarat bahawa rakyat menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri Johor di bawah Barisan Nasional, yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Azalina berkata, rakyat amat menghargai usaha dan sinergi kerajaan perpaduan yang dipimpin dengan penuh kebijaksanaan dan dedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kemajuan semua lapisan masyarakat.

“Terima kasih kepada para pengundi Dewan Undangan Negeri Mahkota kerana telah memberi sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional.

“Amanah ini akan kami junjung dan diterjemahkan kepada khidmat bakti yang terbaik untuk rakyat Mahkota,” katanya.

Pada PRK itu, Syed Hussien mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota dengan memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo