BANGI, Jumaat – Sejak Oktober lalu, Israel sudah menamatkan sebanyak 1,540 riwayat rakyat Lubnan di beberapa serangan berdarah di seluruh negara berkenaan.
Menurut laporan Unit Pengurusan Risiko Bencana, jumlah rakyat yang tercedera sudah mencecah kira-kira 5,410 mankala jumlah individu yang dipindahkan dan didaftarkan di pusat perlindungan rasmi meningkat kepada 77,100 setakat Rabu lalu.
Tambah laporan itu lagi, pusat perlindungan buat rakyat Lubnan telah meningkat kepada 565 termasuk sekolah awam, kompleks pendidikan, institusi vokasional dan pusat pertanian.
Akibat daripada pergolakan yang kian serius, ribuan rakyat Lubnan mula mengorak langkah meninggalkan negara mereka dengan menyeberangi wilayah Lubnan ke Syria.
Dua hari kebelakangan ini, Keselamatan Am Lubnan mendaftarkan perjalanan 15,600 warga Syria dan 16,130 Lubnan ke Wilayah Syria.
Difahamkan, Lubnan kini mendepani sebanyak 7,034 serangan udara serta 248 siri pengeboman fosforus dan 133 insiden tembakan.
Terdahulu, sejak permulaan jenayah gen0sid Isr4el ke atas G4z4 pada 7 Oktober tahun lalu turut mencetuskan peperangan rentas sempadan diantara negara haram tersebut bersama kumpulan pejuang Lubnan iaitu H1zbullah.
Sumber: BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment