NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ke mana perginya peruntukan atasi banjir di Mahkota' - Armada Johor

Mohamad Syafiq (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset, Kampung Bentong Luar pada Isnin.



KLUANG – Kerajaan negeri digesa menjelaskan peruntukan projek tebatan banjir di Sungai Melantai yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada Bersatu) Johor, Mohamad Syafiq Mohd Khairul Sam mendakwa, peruntukan itu sudah disalurkan tetapi kerja-kerja atau projek tersebut masih tidak kelihatan dijalankan.

"Saya difahamkan peruntukan sudah turun. Kerajaan negeri perlu menjelaskan ke mana perginya RM800,000 untuk kerja-kerja mendalamkan sungai dan RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sungai Melantai yang disalurkan di Mahkota.

"Ini kerana sehingga ke hari ini masalah sama masih tidak diselesaikan dan terus menghantui kehidupan rakyat.

“Jika telah disalurkan, kerajaan negeri wajib memberikan penjelasan apakah tahap-tahap kerja yang telah dilakukan untuk atasi masalah banjir ini,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset, Kampung Bentong Luar di sini pada Isnin.

Mohamad Syafiq berkata, banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sudah berlarutan selama bertahun-tahun.

Bahkan katanya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain juga pernah mengutarakan permasalahan itu.

Katanya, Allahyarhamah menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Kluang (MPK) segera melaksanakan beberapa langkah.

Jelasnya, ini termasuk kerja-kerja mendalamkan tali air bagi menangani masalah banjir yang sering melanda seluruh DUN Mahkota.

“DUN Mahkota bertahun-tahun diwakili oleh seorang ADUN kerajaan tetapi masalah tetap tidak selesai,” dakwanya lagi.




Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo