![]() |
Naib Presiden PAS Idris Ahmad gesa Ahli MKT Umno Puad Zarkashi selidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. |
Naib Presiden, Idris Ahmad, berkata kehadiran PAS dapat dilihat di Mahkota dan media sosial.
Jentera PAS mana boleh duduk diam. Mereka tidak akan biarkan PH, Umno (dan) DAP tanpa berlawan,
katanya di Facebook.
Kenyataan itu susulan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, mendakwa Pengarah Jentera PN PRK Mahkota Azmin Ali dilihat keseorangan dalam usaha memenangkan calonnya dengan rakan sekutu PAS menjauhkan diri.
Mengulas lanjut, Idris menggesa Puad yang juga speaker Johor menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
Janganlah kamu berpolitik, seperti kamu mula masuk Umno di akhir 80-an dahulu. Zaman itu okeylah, kamu hendak tulis macam tu, sekarang semuanya maklumat boleh didapati di hujung jari,
katanya.
Sementara itu, Idris berkata hubungan parti dalam PN tetap kukuh sambil mengingatkan Umno jangan cuba mereka cerita perbalahan gabungan tersebut bagi menutup masalah dalaman PH-BN.
Kalau hendak fitnah pun, ingatlah bekalan usrah dan tarbiah yang kamu dapat dalam PAS dahulu, sindirnya.
Pada PRK Mahkota esok, Haizan akan berdepan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah yang juga ketua Pemuda Umno Kluang dalam pertembungan dua penjuru.
Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain yang juga ketua Wanita Umno Kluang pada 2 Ogos lalu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment