NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Jika anak jantan bebaskan Ahli Parlimen’, PAS jawab Anwar

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengulas cabaran Anwar Ibrahim supaya pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat.



PETALING JAYA
Seorang pemimpin PAS mencabar kerajaan membebaskan Ahli Parlimennya daripada perjanjian mengikat mereka sebelum mahu pembangkang mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Sharari, berkata semua Ahli Parlimen perlu diberi kebebasan mengundi jika usul sedemikian diusulkan pada sidang Dewan Rakyat bermula 14 Okt hingga 12 Dis.

Dakwanya, wakil rakyat daripada blok kerajaan ketika usul percaya terhadap Anwar pada Disember 2022 diikat dengan perjanjian.

“Jika benar-benar anak jantan, bebaskan Ahli-ahli Parlimen dari semua perjanjian yang mengikat, beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri.


Kita tengok adakah Datuk Seri (Anwar) masih kekal ataupun tersungkur,

 katanya di Facebook.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas cabaran Anwar supaya pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Anwar berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenang menggesanya ‘turun’ daripada jawatan.

Cabaran dilontarkan itu susulan usul diluluskan pada Muktamar Pemuda PAS supaya Anwar meletak jawatan atau diturunkan segera.

Ini bukan kali pertama Anwar mencabar Perikatan Nasional membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat.

Anwar membuat cabaran sama pada 11 Jan tahun ini dan 6 Mei tahun lalu, dan menambah beliau akan memendekkan tempoh notis.

Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar susulan dakwaan presiden PKR itu tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen, merujuk kepada gerakan Langkah Dubai.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo