NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jenama bekal kesukaan para ibu, ‘Tupperware’ fail bankrup




Bangi, Rabu – Jenama bekas penyimpanan makanan terkenal negara Tupperware Brands Inc (Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya bakal menfailkan permohonan muflis katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

 

Difahamkan, tindakan memfailkan permohonan berkenaan sedang dipersiapkan dalam minggu ini dan syarikat berkenaan sedang cuba mendapatkan kelulusan mahkamah supaya dapat terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan. 

 

Kelulusan yang diperoleh daripada mahkamah tersebut membolehkan syarikat berkenaan melindungi jenamanya di dalam proses penjualan. 

 

Menurut syarikat tersebut, tindakan persediaan muflis dilakukan susulan rundingan yang berlanjutan berbulan lamanya antara Tupperware dan pemiutangnya berhubung cara menguruskan hutang lebih 700 juta dolar yang bersamaan RM3 bilion juta pinjaman. 

 

Dalam pada itu, pihak pemiutangnya turut bersetuju untuk memberi sedikit ruang bernafas buat ‘Tupperware’ namun perniagaan mereka tetap mengalami kemerosotan. 

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, berkata jenama Tupperware mengalami kedudukan kewangan yang amat terjejas teruk dek kerana persekitaran makroekonomi yang amat mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

 

Namun jelas syarikat tersebut, keputusan memfailkan muflis bukanlah pelan muktamad dan ia boleh berubah kata seorang wakil kakitangan ‘Tupperware’.



Sejak 2020, ‘Tupperware’ diberi amaran berhubung keraguan tentang keupayaan dan stabiliti perniagaan mereka untuk kekal dalam perniagaan. 

 

Pada Jun 2024, syarikat berkenaan merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memecat hampir 150 pekerja mereka. 

 

Terdahulu, Tupperware mula memperkenalkan produk pada tahun 1946 kepada orang ramai sehingga kini setelah pengasasnya Earl Tupper mencipta bekas pengedap kedap udara yang fleksibel. 

 

Syarikat tersebut secara terus beroperasi hampir 80 tahun lamanya dan kini mempunyai lebih 300,000 jurujual secara bebas setakat 2022. 



Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo