NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu 3R sijil halal: Pemuda Amanah tegur Dr Akmal, berhenti lagak jadi ‘Hero’



JOHOR BAHRU – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak perlu berlagak menjadi hero orang Melayu dan perlu berhenti mengamalkan politik ala samseng terhadap mana-mana pihak.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, tindakannya terutama apabila mengkritik Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam isu cadangan sijil halal bagi setiap restoran dan kedai makan adalah keterlaluan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Kawasan Sri Gading itu berkata, teguran boleh dilakukan secara berhemah tetapi bukan sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan sedia ada.

“Saya berpandangan Dr Akmal hendak menjadi hero orang Melayu tetapi adakah Dr Akmal sanggup menggadaikan keamanan yang kita ada pada hari ini dengan tindak tanduk samseng yang beliau pamerkan terutama dalam kes YB Teresa Kok ini.

“Sedar atau tidak beliau bahawa rakan Kongsi Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu YB Wee Jack Seng daripada MCA lebih awal lagi daripada YB Teresa menyatakan perkara yang serupa tetapi di mana samseng Dr Akmal ketika itu?

“Saya selaku Pemuda Amanah sebagaimana disuarakan Ketua Pemuda Amanah, Senator Hasbie Muda pun menyanggah pandangan YB Teresa tetapi ingatlah politik ini bukan tempat kita memecah belahkan tetapi lebih lagi sebagai anak muda kita harus bersikap rasional dan tidak berlagak samseng,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal menerusi hantaran video di TikTok mengecam kenyataan Teresa berhubung isu cadangan silil jalal bagi setiap restoran dan kedai makan.

Dalam video tersebut, beliau mengingatkan Teresa agar tidak mencampuri urusan agama Islam khususnya berkaitan pensijilan halal.

Mengulas lanjut, Fadhli Umar berkata, pihaknya tidak mahu kenyataan Dr Akmal itu mencetuskan suasana tidak harmoni sehingga ke tahap tidak dapat dikawal.

“Janganlah sudah terhantuk baru terngadah sehingga Malaysia yang ada pada hari ini menjadi kacau bilau akibat sikap Ketua Pemuda UMNO yang berlagak samseng dan seolah-olah menunjukkan bahawa dia seorang terpaling Melayu,” tegasnya.

Beliau yang juga Biro Undang-Undang Amanah Johor mendakwa, tindak tanduk termasuk ugutan Dr Akmal itu adalah jelas melanggar undang-undang negara dan harus dihentikan.

“Saranan saya kepada Dr Akmal, baikilah kemahiran anda berkawan sebagai satu barisan perpaduan terutama dua, tiga minggu ini jika tidak mahu melihat UMNO atau Barisan Nasional (BN) tergolek malu (kalah dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota) di bumi kelahiran mereka sendiri,” katanya.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo