KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendakwa golongan yang mempunyai ideologi liberal, sekular dan sosialis semakin menular dalam kalangan umat Islam terutamanya generasi muda.
Pengerusi Biro Pendidikan parti itu, Nasir Othman mendakwa golongan tersebut dilihat menjadi benteng kepada DAP dan mempertahankan parti itu terutama melibatkan isu-isu kontroversi.
“Golongan inilah yang menjadi tungangan, sebagai jurucakap, bertindak dan benteng DAP dalam Kerajaan Madani. Mereka akan pertahankan DAP dalam isu-isu kontraversi dengan apa cara sekali pun, memetik potongan ayat al-Quran atau hadis mengikut tafsiran sendiri,” katanya menerusi kenyataan.
Nasir berkata, setiap hari isu semasa bukan sahaja berkenaan politik, ekonomi, sosial malah ketidakpuasan hati kaum minoriti semakin membimbangkan.
“Meninjau, meneliti dan menilai situasi yang sedang berlaku hari ini dalam negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial menjadikan kita rimas, lemas dan panas.
“Isu demi isu, lepas satu timbul lagi satu berkadar terus tidak puas hati kaum minoriti. Maka ini adalah satu petanda, peringatan dan cabaran. Jangan sampai merempat di negara sendiri. Menjadi hamba penjajahan baru,” katanya.
Baru-baru ini, Naib Presiden DAP, Teresa Kok dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Kenyataannya itu mengundang pelbagai pandangan yang mengkritiknya.
Sementara itu, Nasir berkata, Akta Hasutan yang dulunya dianggap zalim kini sebaliknya apabila larangan menyentuh 3R (agama, kaum dan raja) diwujudkan.
“Akta ini di antara alat untuk mengawal kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat,” tambahnya.
Malah Nasir berkata, kesedaran dan kebangkitan terhadap usaha penyatuan umah yang dibuat oleh gabungan parti politik, aktivis, NGO Melayu dituduh rasis dan ekstremis.
“Dilabel kebangkitan gelombang hijau akan menjadikan Malaysia negara Taliban. Sengaja membangkitkan Islamophobia, menghasut, menakutkan dan menimbulkan kebencian terhadap Melayu dan Islam.
“Kaum minoriti yang lebih 90 peratus yang bersatu di bawah payung DAP dianggap kebebasan bersuara selaras dengan konsep demokrasi.
“Naratif yang dimainkan menggunakan strategi dan pendekatan secara halus dan licik sebagai usaha untuk menormalisasi perkara yang bertentangan aqidah dan sosial budaya rakyat negara ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment