NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel diterima jadi ahli Bank Pembangunan Asia

Bank Pembangunan Asia ditubuhkan pada 1966 dengan matlamat utama membasmi kemiskinan tegar melalui pembiayaian projek sosio-ekonomi di negara anggota.


Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan penyertaan Israel sebagai anggotanya yang ke-69 berkuat kuasa semalam, dalam keputusan yang berkemungkinan menimbulkan persoalan mengenai masa depan penglibatan ahli lain yang sudah lama bersama bank tersebut dan tidak mengiktiraf kewujudan negara Zionis itu.

Malaysia merupakan salah satu ahli terawal ADB sejak penubuhannya pada 1966, di mana Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika ini, sebahagian daripada lembaga gabenor, badan pentadbir tertinggi bank itu.

Menurut kenyataan ADB, keanggotaan Israel diluluskan secara bersyarat pada April 2022, kira-kira 17 bulan sebelum serangan 7 Okt yang diikuti dengan kempen pembunuhan beramai-ramai oleh regim Israel di Gaza, yang setakat ini mengorbankan 50,000 orang, kebanyakannya orang awam.

Keputusan terkini untuk meluluskan keahlian Israel diambil selepas negara itu memenuhi "semua syarat keahlian", menurut ADB.

Ditubuhkan pada 1966 dengan matlamat utama untuk membasmi kemiskinan tegar di rantau Asia dan Pasifik menerusi pembiayaan projek sosio-ekonomi, ADB dimiliki bersama oleh 69 negara, 20 daripadanya - kini termasuk Israel - bukan dari rantau itu.

Jepun dan AS merupakan pemegang saham terbesar bank yang berpangkalan di Filipina itu.

Israel akan diwakili dalam lembaga gabenor ADB oleh menteri kewangannya, Bezalel Smotrich, seorang pelampau Zionis yang kenyataannya mempertahankan kebuluran rakyat Palestin mencetuskan kemarahan antarabangsa.

"Tiada sesiapa di dunia ini akan membenarkan kami menafikan makanan dan minuman kepada dua juta orang, walaupun ia mungkin adil dan bermoral supaya tebusan kami dipulangkan," kata Smotrich pada Ogos.

MalaysiaNow telah menghubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan reaksi keputusan ADB.



Sumber | MalaysiaNow 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo