NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham cadang Perdana Menteri saman Bloomberg




Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil ‘menyarankan’ supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim saman pihak yang mengaibkan dan malukannya demi menjaga kredibiliti sebagai Perdana Menteri.

 

Dalam hantaran di Facebook, Isham mencadangkan tindakan saman terhadap syarikat media Bloomberg apabila menyiarkan laporan yang menyatakan Anwar meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak siasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit.

 

“Bloomberg, sudah dua kali mereka aibkan Datuk Seri (Anwar). Bloomberg ini sudah jadi walaun ke? Saman Bloomberg Datuk Seri. Melampau sungguh mereka ini. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja. 

 

“Jika fitnah perlu lawan dengan kebenaran dan sama. Baru padan muka,” katanya.

 

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Anwar mengarahkan SPRM untuk menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

 

Selain itu, laporan daripada media antarabangsa itu juga menyatakan terdapat arahan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki  pembelian saham Farhash.

 

Bagaimanapun, SPRM dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan laporan itu yang diterbitkan semalam.

 

Pada masa sama, Isham juga mencadangkan Anwar saman seorang ahli majlis tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan yang mana nama individu itu tidak dinyatakan.

 

“Dia kata komunis sekarang ok. Dia pergi masuk kelas pengkaderan komunis. Kawan dia pula dulu kta Datuk Seri (Anwar) seorang peliwat. 

 

“Apa punya akal. Dulu dia cabar Datuk Seri saman dia. Sampai sekarang dia tak minta maaf. Saman mereka ini Datuk Seri. Baru mereka tahu langit tinggi rendah,” tambahnya.

 

#TVPertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo