NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Ini bukan Islam, ini dah ajaran sesat” - Dr Akmal




Kerajaan digesa mengharamkan segera kegiatan dan Kumpulan perniagaan Global Ikhwan Services dan Business Holdings (GISBH) dan memberi hukuman yang paling berat kepada pelaku-pelaku yang terlibat.   

  

“Jika benar ini berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku,” ujarnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh  di Facebook pada Rabu.   

  

Kenyataan beliau, susulan dakwaan yang mengaitkan GISB mengeksploitasi serta melakukan aktiviti meliwat dan didikan liwat kepada kanak-kanak di rumah amalnya.  

  

Akmal Saleh turut memohon kepada pihak berkuasa untuk merempuh dan menyiasat setiap cawangan GISBH bagi memastikan ia tidak berlaku di tempat yang lain.   

  

Beliau turut menyifatkan perkara berkenaan bukanlah seperti agama Islam namun ianya jelas menunjukkan itu adalah ajaran sesat.   

  

“Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran sesat,”   

  

Justeru itu, beliau meminta kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun berada di dalam situasi dan kejadian kegiatan yang menyesatkan berkenaan dinasihatkan untuk tidak gusar lantas memaklumkan secara terus kepada pihak berkuasa.   

  

Sumber: FB Akmal Saleh 

  

  

#Jiwamerdeka67 #GISBH #Ajaransesat #AkmalSaleh #Ikhwan







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo