Parti BERJASA Malaysia mendesak agar kerajaan menyiasat Majlis Perundingan Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) di bawah Akta Hasutan.
Ini susulan dakwaan tidak bertanggungjawab MCCBCHST yang mendakwa penempatan pegawai JAKIM dalam kementerian dan jabatan kerajaan adalah satu langkah yang tidak berperlembagaan.
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al-Hakim berpendapat kenyataan ini amat terang dan jelas berniat jahat untuk menggugat peranan JAKIM dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Beliau menegaskan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini sudah lama sejak tahun 2006 lagi dan ia dibuat bagi memastikan integriti, kebajikan dan pembangunan kerohanian para penjawat awam yang beragama Islam di pelbagai jabatan serta kementerian.
Justeru katanya, MCCBCHST tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia dilihat seakan mereka berniat secara sengaja untuk menyibuk dan menjaga tepi kain agama Islam serta umat Islam di Malaysia.
#TVPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment