Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil supaya tidak bersikap memilih dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam blog bekas Perdana Menteri itu menjelang sambutan Merdeka baru-baru ini.
Dalam kenyataan semalam, Pejabat Dr Mahathir mempertahankan penulisan blog itu dengan mempersoalkan semula mengenai status kebebasan bersuara di Malaysia apabila rakyat tidak dibenarkan mengulas topik berkaitan agama, raja dan kaum (3R).
Katanya, larangan untuk membincangkan 3R yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mencetuskan persoalan apabila tiada garis panduan jelas mengenai apa yang boleh diulas atau tidak.
“Tiada larangan seperti ini ketika era pentadbiran Dr Mahathir.
“Adakah undang-undang ketika itu dibuat tanpa mengikut proses betul? Tidak. Undang-undang dibuat selepas didebat di Parlimen dan diwartakan.
“3R adalah peraturan yang boleh diambil tindakan oleh polis sekiranya ia dilanggar. Ini tidak mengikuti proses yang betul,” katanya.
Sebelum ini, Fahmi menafikan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa kerajaan hari ini bersikap seperti ‘Abang Besar” dalam penulisan blognya bertajuk Erti Merdeka yang disiarkan pada 29 Ogos lalu.
Malah, Fahmi juga menyifatkan perbezaan pentadbiran sekarang dan dulu ibarat langit dan bumi dengan terdapat akhbar yang ditutup.
Bagaimanapun, Pejabat bekas Perdana Menteri itu menjelaskan bahawa tindakan menutup akhbar itu disebabkan laporan yang mengakibatkan ketegangan antara kaum.
Katanya, berbeza dengan hari ini, wartawan dipanggil polis sekiranya laoiran tidak disukai oleh kerajaan.
“Jelas sekali kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi mengarahkan syarikat termasuk media sosial untuk tidak melaporkan apa-apa yang tidak disukai oleh kerajaan.
“Fahmi yang merupakan seorang Menteri sebelum ini turut mengugut untuk menghantar kereta peronda polis kepada pengkritik kerajaan di media sosial dalam sesi live dalam talian,” ujarnya,
Selain itu, kenyataan itu turut mengingatkan mengenai penganjuran protes jalan yang diadakan secara mingguan oleh Anwar yang mana beliau tidak dihalang untuk berbuat demikian.
Tegasnya, tiada siapa dipenjarakan kerana sertai protes atau mengutuk Dr Mahathir, tetapi berdepan hukuman itu kerana melanggar undang-undang selepas terbukti di mahkamah.
“Duit kerajaan bukan milik parti kerajaan. Kini Ahli Parlimen pembangkang tidak diberi layanan seadilnya kerana perlu menyokong kerajaan untuk mendapatkan hak mereka.
“Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, negeri pembangkang diberi sehingga RM400 juta untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi,” tambahnya.
Sumber: Kenyataan Media Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment