NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ezam, bekas calon BN Mazlan sertai PAS

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan Mohamad Ezam Mohd Nor (kiri) dan Mazlan Ismail (kanan) sahabat lama yang sentiasa berhubung, walaupun berbeza fahaman politik.



PETALING JAYA
Bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas calon Barisan Nasional (BN) PRU13, Mazlan Ismail menyertai PAS.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan mereka berdua sahabat lama dan sentiasa berhubung, walaupun berbeza fahaman politik.


Alhamdulillah, akhirnya mereka bersama keluarga besar PAS,

 katanya dalam catatan Facebook sambil menambah penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dalam Muktamar PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur Kerdau, Temerloh.

Beliau berkata, PAS terbuka kepada sesiapa yang hendak bersamanya dan tidak pernah memaksa mana-mana individu menyertainya.

“PAS hanya mengajak orang menyertai perjuangan tanpa menjanjikan bulan dan bintang. Mereka yang sertai PAS faham.

Insya Allah mereka faham dasar dan agenda perjuangan PAS. Semoga mereka istiqamah dalam perjuangan PAS.



Sumber | FMT Malaysia  







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo