NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DHPP main peranan penting, tangkis persepsi Islamophobia



KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) memainkan peranan penting dalam mengikis sentimen serta persepsi Islamophobia dalam kalangan bukan Islam di negara ini terutama yang dikaitkan dengan Pas.

Penasihat DHPP, Datuk Idris Ahmad berkata, sentimen seperti itu masih lagi dimainkan sehingga kini untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam khususnya oleh DAP lebih-lebih lagi ketika parti tersebut berada dalam kerajaan hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas mengambil contoh dalam kontroversi isu sijil halal yang secara tiba-tiba dimainkan oleh pemimpin DAP yang disifatkan sengaja mahu menguji sensitiviti umat Islam.

“Lebih 70,000 ahli DHPP sudah dapat lihat kita (Pas) tidak pernah melakukan tekanan atau paksaan kepada tuan-tuan dalam soal halal atau haram (makanan) kerana ia kebebasan untuk tuan-tuan lakukan menurut kepercayaan yang ada pada agama tuan-tuan.

“Tapi tiba-tiba dia (pemimpin DAP) cuba create (cipta) satu perkara untuk wujudkan Islamophobia.

“Jadi, ini tugas kalangan DHPP untuk melawan golongan seperti ini, sebab ini trend yang cukup bahaya, kita anggap seolah-olah perkara ini cuba usik sarang tebuan, sebab tidak pernah dibangkitan,” katanya.

Beliau berucap pada Konvensyen DHPP kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Jerantu, Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, Idris turut menyifatkan kewujudan DHPP sangat penting menonjolkan semangat perpaduan dalam erti kata sebenar antara orang Islam dan bukan Islam menerusi platform politik.

Ujar beliau, situasi itu berbeza dengan apa yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini yang mana sifat perpaduan hanya berlaku pada situasi tertentu sahaja.

“Kita tidak mahu jadi seperti BN dan PH, nama sahaja Kerajaan Perpaduan, tetapi di (PRK) Nenggiri baru-baru ini, DAP dan PKR tidak boleh datang berkempen, itu pelik bin ajaib.

“Hanya tempat-tempat tertentu sahaja (BN) menggunakan DAP, dan tempat-tempat lain tak mahu guna DAP.

“Begitu juga DAP, tempat-tempat tertentu mereka anggap peranan dimainkan UMNO tak penting, yang penting mereka.

“Sebab itu kita nak supaya kita nampakkan dalam Pas ini, DHPP ini merupakan pengukuhan kepada agenda perpaduan nasional,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo