NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dedah calon BN terbabit kes pukul bukan serangan peribadi-Azmin

Mohamed Azmin ketika berucap dalam ceramah kelompok di Taman Sri Kkuang di sini malam tadi.


KLUANG – Perikatan Nasional (PN) nafi melakukan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota terbabit kes pukul.

Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) PN bagi PRK Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya hanya melaporkan perkara yang disampaikan kepada gabungan politik tersebut.


Menurut Ketua Penerangan PN itu, pendedahan dibuat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin hanya mahukan penjelasan daripada Syed Hussien Syed Abdullah mengenai laporan kes berkenaan.

Jelasnya, apa yang didedahkan oleh Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard adalah  berdasarkan salinan laporan polis yang diterima.

“Kita serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengesahkan perkara tersebut..


“Kita tak menyerang peribadi (calon), kita tak membuat sebarang hukuman, kita tak buat sebarang tuduhan… kita hanya melaporkan apa yang dilaporkan berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh satu pihak,” katanya kepada pemberita selepas ceramah kelompok di Taman Sri Kkuang di sini malam tadi.


Che’gu Bard dalam satu ceramah di kempen PN di sini malam semalam, meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan pernah ditangkap polis berhubung satu kes gaduh dan mencederakan.

Syed Hussien menafikan dakwaan itu dan menyatakan akan saman termasuk kerana tindakan Che’Gu Bard mendedahkan nombor kad pengenalannya di hadapan orang ramai semasa berceramah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata, dalam kejadian tersebut Syed Hussien sebenarnya mempertahankan individu orang kurang Upaya (OKU) dan tidak ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejadian itu berlaku ketika Syed Hussien berusia dalam lingkungan 20-an dan tiada pertuduhan dikenakan ke atasnya kerana tiada kes.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dalam satu kenyataan malam tadi menyangkal dakwaan Syed Hussein mempunyai rekod jenayah.

Bahrin memaklumkan, siasatan membabitkan Syed Hussien telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya yang memutuskan tiada tindakan lanjut.-

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ini akan menyaksikan pertembungan Syed Hussien iaitu Ketua Pemuda UMNO Kluang dengan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61 yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.-MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo