NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tiada hak ulas isu sijil halal - PAS



KUALA LUMPUR – Pemimpin kerajaan perpaduan terutama Ahli Parlimen DAP digesa tidak membuat kenyataan mengenai pensijilan halal. 

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, DAP yang berada dalam kerajaan harus mengelak daripada bercakap soal-soal berkaitan agama Islam kerana isu berkenaan bukan mengenai tidak menyajikan daging babi serta alkohol sahaja.

“Ia akan meneguhkan lagi persepsi bahawa DAP seolah-olah anti kepada perkara-perkara berkait agama ini. 

“Jika nak nyatakan juga, biarlah melalui parti-parti lain dalam kerajaan. Boleh runding dengan PKR, Amanah ataupun UMNO melalui Presidennya untuk bersuara,” kata beliau di laman Facebooknya, malam tadi. 

Ahmad Fadhli mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Naib Pengerusi DAP itu berkata, langkah tersebut bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

“Apabila kerajaan mewajibkan premis makanan mempunyai sijil halal, ia dilihat akan menambah beban kepada perniaga kecil.

“Walaupun banyak restoran tidak menyediakan daging babi atau alkohol, mereka tidak memohon pensijilan halal. Ini termasuklah ribuan pengusaha restoran kecil Melayu.

“Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran. Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, dan bukannya dilaksanakan secara paksa yang akan menambah kesukaran operasi perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo