BANGI, Khamis – Dasar Fried Chicken (DFC) menafikan dakwaan kononnya restoran makanan segera itu ditutup seperti yang tular di media sosial semalam.
Dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook rasminya semalam, DFC menjelaskan, gambar yang tular memaparkan seolah-olah restoran itu tutup, sebenarnya diambil pada waktu awal pagi ketika kakitangan sedang membuat persiapan sebelum memulakan operasi perniagaan pada hari tersebut.
Katanya, notis yang ditampal di pintu masuk restoran itu pula ialah notis pendaftaran DFC di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 sebagai rujukan kepada pelanggan.
“Gambar (ini) diambil pada waktu awal pagi yang tenang, ketika kakitangan kami sedang giat menyediakan hidangan ayam goreng yang lazat untuk dinikmati oleh pelanggan kami.
“Pada bulan lepas, pihak kami telah mengeluarkan memo rasmi bahawa Darsa Fried Chicken kini telah didaftarakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Notis pendaftaran ini juga telah dipamerkan di pintu masuk restoran sebagai rujukan. pelanggan yang berkunjung,” katanya.
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment