KLUANG – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumum awal minggu depan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah menyenarai pendek senarai calon tersebut yang dikemukakan kepiminan negeri untuk PRK DUN Mahkota.
“Saya dah bincang dengan dengan Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali, (Datuk Dr) Sahruddin Jamal dan Datuk Seri Hamzah Zainudin. Dalam sehari dua kita akan selesaikan dan putuskan, selepas itu akan diumumkan lebih awal daripada biasa,” katanya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian dalam sidang akhkbar selepas Kenduri Rakyat di Kampung Bentong Luar di sini hari ini.
Turut hadir Hamzah, Mohamed Azmin dan Dr Sahruddin selain Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.
Ditanya sama ada PN akan melancarkan jentera PRK DUN Mahkota secara rasmi, Muhyiddin berkata, pelancarannya akan dibuat sekali gus semasa pengumuman calon PN kelak.
“Pelancaran dibuat sekali gus dengan pengumuman calon. Kalau nak buat pelancaran rasmi, kita sudah bergerak bagi memastikan sebaik mungkin dan rakyat akan beri sokongan kepada kita,” katanya.
Kelmarin, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan PN bertanding mewakilli gabungan itu dibuat memandangkan kerusi itu sebelum ini milik Bersatu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, calon PN akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon.
“PN akan mengikut parti mana yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini sebagaimana yang kita lakukan di DUN Nenggiri dan Sungai Bakap,” katanya.
PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment