NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukit Aman rakam keterangan Rafique kaitan ucapan ‘banduan terhormat’

Muhammad Rafique Rashid Ali (kiri) bersama Chegubard di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.




KUALA LUMPUR, Jumaat – Peguam, Rafique Rashid hari ini dipanggil polis untuk merakam keterangan berhubung ucapan yang dibuatnya pada 21 September lepas di Kampung Melayu Kluang, Johor sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

 

Difahamkan, beliau dipanggil untuk disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Menurut Rafique, kenyataan yang dibuatnya itu adalah berbentuk teguran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa dirinya sebagai ‘banduan terhormat’ ketika berucap pada hari ulang tahun Reformasi di Axiata Arena pada 20 September.


Rafique berkata, kenyataan yang dibuat oleh Anwar itu seperti ‘menyerang’ sistem kehakiman negara apabila mahkamah yang menetapkan keputusan bersalah terhadapnya berdasarkan bukti dan fakta.

 

“Perdana Menteri tanpa segan silu menyatakan beliau menjadi mangsa pertuduhan jijik dan keji, sedangkan rakyat Malaysia perlu faham dan akur bahawa sistem kehakiman telah mendapati beliau bersalah untuk isu-isu berkaitan salah guna kuasa dan rasuah. Ini fakta.

 

“Apa yang berlaku pada 1999 adalah dalam lipatan sejarah. Kalau tidak puas hati, boleh buat rayuan. Jika sudah sampai ke rayuan peringkat akhir, jangan sesekali cuba tukar (fakta) melalui pentas politik,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

 

Dalam pada itu, Rafique menegaskan bukti dan fakta tepat ada dalam lipatan sejarah berdasarkan keputusan mahkamah.

 

“Justeru, amaran kita kepada sesiapa yang buat laporan polis ini, silakan buat laporan polis, tetapi jangan putar belit fakta dan jangan bawa sistem kehakiman sehingga tahap boleh dipermainkan walaupun anda seorang Perdana Menteri, ketua parti. Perlu hormati sistem kehakiman,” tambahnya.

 

#TVPertiwi










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo