PELABUHAN KLANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang tidak pernah berhenti membuat tuduhan liar kepada beliau.
Perdana Menteri berkata, lebih kesal, terdapat isu berpuluh tahun yang diungkit kembali yang mendatangkan fitnah untuk mengaibkan beliau.
Namun tegasnya, apa jua tuduah yang dilemparkan itu sesekali tidak melemahkan semangat beliau untuk mentadbir negara lebih maju maju ke depan.
“Kamu hinalah banyak mana pun, berpuluh tahun saya dihina, ejen Yahudi, ejen Israel, main lelaki main perempuan, yang belum kata, main dengan lembu belum.
“Jadi kamu nak hina tak ada makna. Tapi biar ikut adab dan akhlak. Kamu tahu hukum. Nak bawa kes, saya boleh cerita tapi saya nak maju ke depan.
“Tapi dia ungkit lagi. Anda pun tahu kes pertama buat di kondo itu tak ada apa lagi, itu yang sebab kata satu itu fitnah yang keji untuk jatuhkan maruah orang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Westports 2 di Dewan Budaya, Westports Malaysia di sini hari ini.- MalaysiaGazette
Sumber | Malaysiagazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment