NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN kukuh di Johor, tak perlu bentuk kerajaan perpaduan, kata penganalisis

BN-PH menjalinkan kerjasama dalam berdepan PRK bermula Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram tahun lalu diikuti kini DUN Mahkota. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA
Seorang penganalisis berpendapat tiada keperluan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Johor selepas PRK Mahkota 28 Sept kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti kukuh dalam DUN.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata dengan penguasaan 40 daripada 56 DUN, pimpinan BN Johor dilihat tidak akan membuat sebarang perubahan termasuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Jumlah 40 kerusi itu berkurangan satu susulan kematian Adun Mahkota Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu, menyebabkan PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan terbabit.

“Kalau kerajaan perpaduan terbentuk ia akan mengukuhkan lagi gabungan PH-BN dan bahawa kerjasama itu utuh, tetapi pada pendapat saya tiada keperluan kerana BN menang PRN Johor dengan selesa.


Kalau pun PH boikot Mahkota yang saya rasa tidak akan terjadi, BN masih kerajaan stabil di Johor,

 katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan supaya kerajaan negeri membentuk kerajaan perpaduan jika calon BN Syed Hussien Syed Abdullah memenangi PRK Mahkota.

Sebelum ini, Pengarah Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Mahkota Azmin Ali menggesa Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi membentuk kerajaan perpaduan jika BN menang di Mahkota.

Namun, Onn Hafiz yang juga pengerusi BN Johor berkata orang luar seperti Azmin tiada hak mengulas tadbir urus negeri kerana mereka tidak mempunyai kefahaman sebenar mengenai isu itu.

Walaupun tidak membentuk kerajaan perpaduan seperti di peringkat persekutuan, BN-PH menjalinkan kerjasama dalam berdepan PRK bermula di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, tahun lalu diikuti Mahkota.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata kerajaan perpaduan di Johor hanya boleh dipertimbangkan jika undi kepada Syed Hussien meningkat mendadak daripada 16,611 diterima Sharifah pada PRN Johor lalu.

Kalau tambahan sokongan PH menyerlah, maka boleh dipertimbangkan untuk diberikan satu kedudukan kepada mereka,
 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo