NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERSATU tidak boleh bergantung kepada undi protes UMNO semata-mata




PETALING JAYA
Bersatu tidak boleh terus bergantung kepada undi protes penyokong Umno, jika mahu kekal relevan dalam politik negara, kata seorang penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, sebab utama Bersatu dapat bertahan adalah sokongan bekas ahli dan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati.

Tetapi, katanya, Umno semakin kuat dengan sokongan pengundi Melayu melalui kesanggupannya menyesuaikan strategi dan sebaliknya berlaku kepada Bersatu.

Beliau memetik contoh keputusan menghalang rakan gabungan kerajaan DAP daripada berkempen pada PRK Nenggiri di Kelantan yang meningkatkan imej Umno di mata penyokongnya.

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan DAP dalam kerajaan persekutuan yang ditubuhkan pada 2022 menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli akar umbi Umno.

Pada PRK Nenggiri bulan lalu, calon BN, Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 2,802 undi menewaskan Rizwadi Ismail daripada Perikatan Nasional (PN). Kerusi itu ialah kubu kuat Umno selama empat penggal sehingga PN menang julung kali pada PRU 2022.

Selasa lalu, bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dilaporkan berkata, kegagalan terbesar Bersatu ialah bergantung kepada undi protes penyokong Umno. Beliau dalam podcast Keluar Sekejap berkata, undi protes itu penting pada PRU dan PRN, tetapi Bersatu tidak berkembang sejak itu kerana ia gagal dari segi naratif, kurang dasar jelas dan tidak dapat mewujudkan retorik kuat.

Ditanya sama ada ketiadaan hala tuju Bersatu disebabkan kekurangan pemikir, pakar strategi atau penggubal dasar, Azmi berkata, ia berpunca daripada kepimpinan parti sendiri.


Pertukaran kepimpinan amat diperlukan, tetapi ia kini diatur Presidennya, Muhyiddin Yassin untuk (Setiausaha Agung) Hamzah Zainudin menjadi timbalannya. Jadi, tidak banyak yang akan berubah untuk Bersatu.

November lalu, Muhyiddin mengumumkan akan mempertahankan jawatan presidennya yang disandang sejak parti itu ditubuhkan pada 2016.

Penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani berkata Bersatu memerlukan idea baharu dan pemimpin muda, 

bukan mengitar semula pemimpin akar umbi Umno yang gagal

.

Bersatu, kumpulan serpihan daripada Umno, ditubuhkan bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin susulan keretakan dalam parti itu terhadap cara bekas perdana menteri, Najib Razak menangani skandal 1MDB.

Bekas ahli Umno lain yang menyertai Bersatu termasuk Ahmad Faizal Azumu, kini timbalan presiden parti itu dan Radzi Jidin pula sebagai naib presiden.

Asrul berkata, Bersatu perlu mempertimbang menjadi parti pelbagai budaya yang didominasi orang Melayu seperti PKR untuk kekal relevan.

Parti itu perlu mula membezakan diri daripada PAS atau berisiko dibayangi dalam PN. Jika PAS dan Bersatu meneruskan retorik sama, mereka mengehadkan capaian kepada ahli baharu, pengundi dan kumpulan atas pagar.



Sumber | FMT Malaysia  









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo