NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berbeza dengan ahli UMNO, ahli PAS bayar yuran tanda komited dan setia pada perjuangan parti



TEMERLOH – Ketua Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor mendakwa ahli-ahli UMNO tidak membayar yuran keahlian parti.

Jelas beliau, ia berbeza dengan ahli Pas yang membayar sendiri yuran keahlian masing-masing tanpa bantaun ketua bahagian mahu pun pemimpin parti.


“Ahli UMNO tidak kena bayar yuran tahunan, ketua bahagian yang bayar, kita (ahli Pas) bayar, RM6 tapi kena bayar RM10, derma kebajikan, pilihan raya, derma kompleks, kadang-kadang sampai RM20.

“Ahli Pas bayar, ahli UMNO tidak bayar. Tahu-tahu ada yang bayar,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas di Kompleks Al-Makmur, Kerdau hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menjadi perasmi Muktamar Muslimat Pas dengan disaksikan Ketua Muslimat Pas, Senator Nurisah Mohd Salleh.


Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, revolusi yang ditempuhi oleh UMNO menjadikan parti itu sebuah parti yang hanya mampu menyelamatkan individu-individu tertentu sahaja.


“Akhirnya apa jadi kepada UMNO, sebuah badan yang diperlukan untuk menyelamatkan individu tertentu, mereka langgar semua prinsip, tidak ada lagi prinsip perjuangkan hidup Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO, tidak berani sebut dah.

“Apa lagi nak diharapkan, dulu UMNO banyak kerusi, sekarang tinggal 26 kerusi sahaja, Insya-Allah pilihan raya akan datang tinggal enam,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo