NGO Melayu sepakat menyeru pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan semua pihak untuk kembali menghormati Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud sekian lama di negara ini.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), PERKASA dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu- Islam.
Gesaan itu disuarakan susulan ucapan Kit Siang baru-baru ini, yang menyatakan Malaysia tidak boleh lagi berpegang kepada perlembagaan persekutuan dek kerana dunia kini sudah berevolusi kepada era baharu iaitu dengan kewujudan kecerdasan buatan (AI) yang membuatkan manusia akan berlalu pergi.
Susulan itu, NGO-NGO Melayu Islam mempersoalkan apakah kaitan seruan Kit Siang yang mahu mengetepikan Perlembagaan Persekutuan dengan perkembangan ‘teknologi AI’ pada masa ini.
“Apa kaitan seruan LKS untuk mengetepikan Perlembagaan Persekutuan dengan perkembangan teknologi AI?” ujar NGO berkenaan pada Sidang Media ‘Tuntut Semua Pihak Hormati Perlembagaan Persekutuan” di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Kuala Lumpur hari ini.
Tegas mereka, atas dasar apa sekalipun Perlembagaan Persekutuan seharusnya dihormati dan tidak perlu direndahkan bahkan ia perlulah sentiasa diperkemaskan setiap kali persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Kenyataan Kit Siang turut didakwa mereka sebagai satu ancaman kerana ia jelas mengajak rakyat Malaysia membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sekaligus melanggar Dasar Keselamatan Negara 2011-2025.
Justeru itu, ISMA, PERKASA bersama barisan NGO Melayu-Islam yang hadir hari ini, menggesa pihak berkuasa untuk menilai semula kenyataan Kit Siang yang disifatkan sebagai satu jenayah dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Turut hadir pada sidang media ini adalah Naib Presiden ISMA, Shahier Sa’min, Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, Pengerusi Gabungan NASIONALIS, Aminuddin Yahaya, Peguam Muhammad Rafique Rashid, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina.
Terdahulu media melaporka Kit Siang menggesa agar tidak bersikap terlalu tegar dan tegas apabila menyentuh Perlembagaan Persekutuan, memandangkan sifat dunia yang sentiasa berubah.
Lim berkata adalah penting untuk undang-undang dikemaskini untuk mewujudkan visi baharu, selaras dengan perkembangan dan perubahan global.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment