NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Kedah: Kos baik pulih dijangka lebih RM100 juta



PENDANG - Kos kerja baik pulih infrastruktur yang rosak dan ganti rugi akibat bencana banjir di Kedah dijangka melebihi RM100 juta.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang ke Kedah pada Sabtu dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk tujuan pembaikan infrastruktur.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sangat berharap kerajaan Persekutuan dapat menambah jumlah peruntukan tersebut kerana tidak mencukupi untuk kerja-kerja baik pulih kerosakan yang berlaku.

"Saya rasa tak cukuplah tapi kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang datang kelmarin, ambil masa juga datang Kedah, terima kasih banyak-banyak.

"Pengumuman awal RM13 juta kelmarin dia umum 'on the spot', saya harap akan ada penambahan lagi. Lepas ini kita akan buat bancian kerosakan infrastruktur kediaman dan lain-lain, selepas itu akan serahkan kepada kerajaan Persekutuan. Kita jangka lebih RM100 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di sini pada Ahad.

Sebelum itu, beliau melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah di sini.

Muhammad Sanusi menambah, bancian kerosakan akibat banjir di Kedah turut meliputi sektor pertanian terutama sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan luar MADA.

"Kawasan MADA mungkinlah ditentukan oleh MADA tetapi di luar MADA ada 32,000 hektar, kena tengok juga lah kan," katanya.

Beliau berharap penilaian penuh kerosakan akibat banjir dilakukan selepas ini sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk diberi pertimbangan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, Kedah akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan tempoh peralihan monsun dijangka bermula pada Selasa nanti.

"Biasanya peralihan monsun itu akan membawa hujan lebat, saya harap pada masa peralihan monsun itu ada belas kasihan kepada kita, tidak membawa air yang banyak sehingga terpaksa berpindah," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata, beliau mendapati situasi banjir di Kedah ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tidak seburuk banjir 2010 walaupun berlaku peningkatan mangsa banjir terutama di daerah Kota Setar.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu dan menguruskan mangsa banjir di Kedah ketika ini.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah yang merangkumi sumbangan, pembersihan serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir.





Sumber | Sinar Harian 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo