KLUANG – Barisan Nasional (BN) belum tentu dapat mengekalkan kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota walaupun ‘atas kertas’ mereka diramalkan menang.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiande berkata, ini kerana senario sudah berbeza berbanding pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.
“Sebab itu dalam politik, kalau atas kertas boleh menang tapi realitinya berbeza. Tengok PRN di Terengganu lalu kita menang 32 kerusi, pembangkang kosong (tidak dapat sebarang kerusi).
“Di Kelantan pula cuma kalah dua kerusi, di Kedah kalah tiga kerusi manakala di Pulau Pinang kita dapat 11 kerusi. Negeri Perak dan Pahang kita hampir menang di sana.
“Begitu juga di Selangor dan Negeri Sembilan, kerana dalam politik lain, walaupun di atas kertas memang Mahkota susah menang tapi (tidak mustahil) kalau pengundi pilih calon Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Taman Ehsan di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Ronald berkata, pengundi perlu memilih calon PN dalam mengimbangi peranan pengimbang dalam DIUN Johor nanti supaya suara penduduk Mahkota dapat didengari.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
PN mempertaruhkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon manakala BN meletakkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada PRN lalu.
Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini manakala 24 September sebagai hari undi awal.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment