NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar takut hingga cabar undi tak percaya terhadapnya – Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim ketika berucap dalam ceramah kelompok di Balai Islam Haji Omar Jani, Taman Iiham, Kluang, malam tadi


KLUANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa berada dalam ketakutan jika pembangkang mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri menerusi undi tidak percaya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, Anwar tidak sepatutnya melenting apabila diberi tekanan dan desakan supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jelasnya, ini kerana Anwar semasa menjadi pembangkang pernah melakukan perkara yang sama terhadap Perdana Menteri lain ketika itu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan ketika itu kelihatan tenang tanpa mengambil peduli desakannya.

“Tindakan Anwar dilihat seolah-olah beliau dalam ketakutan atau lebih jelas menggambarkan kebimbangan sehingga mencabar ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya.

“Dia dalam ketakutan dan juga bukan berani. Dia seolah-olah bimbang sehingga mencabar pembangkang agar mengemukakan usul undi tak percaya. Siapa yang nak bawa usul itu?

“Awak (Anwar) Perdana Menteri bukan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), kenalah cool, bila ada tekanan atau desakan supaya letak jawatan, itu perkara biasa.

“Maaflah, saya bukan nak cakap apa pun, saya tak ada (masalah) personal dengan dia pun. Kita sudah ada 10 Perdana Menteri, sembilan daripadanya tidak ada pun watak sepertinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah kelompok Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Baru di sini malam tadi.

Anwar ketika berucap dalam Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat: Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Selangor, malam kelmarin mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara itu dipercayai diungkapnya sebagai respons selepas Dewan Pemuda Pas membuat usul dalam muktamar parti pada minggu lalu supaya Anwar meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini semasa menjadi pembangkang, setiap kali demonstrasi akan mendesak pemimpin dalam kerajaan masa itu untuk berundur.

“Ada sahaja desakan berundur dan beliau (Anwar) sebagai pemimpin politik senior, janganlah terlalu emosi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.- MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo