Ahli Parlimen Sungai Petani mempersoalkan kewajaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang kini mengadakan lawatan kerja ke Jepun.
Dr Taufiq Johari berkata di saat mangsa banjir di Kedah mencecah lebih 7,000 orang, keutamaan Menteri Besar seharusnya bersama anak negeri.
“Saya merujuk kepada satu kenyataan terkait keberadaan Menteri Besar Kedah di Jepun untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah.
“Projek pembinaan empangan bawah tanah di Pulau Langkawi adalah projek penuh kerajaan persekutuan melalui Bahagian Bekalan Air sebagai pelaksana.
“Beliau janganlah bertindak lebih sudu dari kuah tatkala belum ada lawatan oleh menteri persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sanusi pada Khamis mengumumkan mangsa banjir di Kedah akan mendapat bantuan awal RM2,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata RM1,000 hasil sumbangan kerajaan negeri Kedah manakala selebihnya bantuan kerajaan pusat.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment