Tiga suspek itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban esok. |
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata tiga individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Suspek pertama akan dituduh dengan lima pertuduhan, masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(a).
Suspek kedua akan dituduh enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a), manakala suspek ketiga dituduh dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14(a),katanya ketika dihubungi.
Minggu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISB Holdings serta menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berumur setahun hingga 17 tahun.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment