NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid bukan Hero, tapi ‘wayang’ untuk selamatkan diri



KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu mendabik dada mendakwa dirinya hero atau wira menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali gus menyelamat UMNO.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak tidak boleh dijatuhkan oleh Ahmad Zahid atau UMNO kerana parti itu kalah dalam pilihan raya umum.

Pihak yang tewas katanya, tidak berhak untuk menjatuhkan parti yang menang.

Dr. Mahathir menjelaskan, dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas parti yang dipimpinnya, Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (Bersatu) menolak nasihat yang diberikan.

“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan.

“Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat UMNO.

“Zahid bukan hero. Dia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya dari dibicara berkenaan kesalahannya,” kata Dr. Mahathir.

Beliau mengulas dakwaan Presiden UMNO itu yang mengaku menjadi dalang utama menggulingkan beliau dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Dr. Mahathir sekali lagi mendedahkan, Ahmad Zahid bertemu beliau dua kali termasuk sejurus UMNO tewas dan mahu mengetahui nasib yang akan menimpa terhadap parti itu.

“Bagi saya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada dasar penubuhan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Parti yang mengguna nama UMNO berjuang untuk wang (Cash is King).


“Oleh kerana perjuangan tidak sama dengan perjuangan asal UMNO, hak untuk dikenali sebagai parti UMNO sudah hilang. Oleh itu adalah lebih baik bagi nama UMNO tidak diguna dengan cara membubar parti yang mengguna nama UMNO.

“Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna nama UMNO,” kata Dr. Mahathir.

Kali kedua Ahmad Zahid datang bertemu dengan dirinya selepas  didakwa di mahkamah dan cuba menjelaskan dirinya tidak bersalah.

“Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau. Bukti yang cuba ditunjuk kepada saya sepatutnya ditunjuk kepada hakim mahkamah.

“Sebab yang saya letak jawatan ialah apabila kemudian parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya.

“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan,” kata Dr. Mahahir.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, tindakannya menjadi dalang adalah penting untuk menentang Dr Mahathir yang didakwanya ketika itu mahu membatalkan pendaftaran UMNO.

Timbalan Perdana Menteri itu membuat pendedahan itu ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Cameron Highlands di Laman Sejahtera Jelai di Sungai Koyan. -MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo