WARKAH UNTUK PEJUANG KEADILAN DAN REFORMASI
1. Tak pasti yang mana seorang menganggu royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu. PMXkah? Zahid Hamidikah? Yang pasti orangnya mestilah sosok atau pihak yang paling berkuasa dalam kerajaan PHBN.
2. Berpuluh tahun UMNO/BN memerintah Terengganu, tiada isu sekatan royalti petroleum. Namun apabila PAS mula mengambil alih kuasa pada tahun 1999, bermulalah pelbagai alasan dan karenah dijadikan justifikasi oleh pemimpin UMNO pada masa itu. Rakyat tahu niat terselindung mereka. Dan Allah lagi Maha Tahu niat jahat itu.
3. Apabila PAS bersama UMNO dan BERSATU dalam kerajaan Perikatan Nasional, bayaran royalti dibayar lancar seperti sepatutnya. Tetapi apabila tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional dan naiknya kerajaan PHBN, kerajaan Pusat sekali lagi mencipta pelbagai kekangan dan alasan.
4. PMX boleh kelentong dengan pelbagai dongengan. Zahid Hamidi boleh lempar batu sembunyikan tangan. Tapi ingat, PMX dah berusia 77 tahun. Zahid Hamidi pun dah masuk 71. Masing-masing boleh fikir berapa tahun sahaja lagi baki usia untuk menghirup nafas dunia.
5. Semua manusia akan meninggalkan segala pangkat, harta, kekuasaan dan kemasyhuran. Semuanya akan menghadap Tuhan. Pemimpin akan ditanya atas segala tindakan dan tingkah-laku ketika berkuasa di dunia. Anwar, Allah akan terimakah alasan yang kamu berikan? Bersediakah Zahid Hamidi menjawab kepada Allah seperti jawapan untuk rakyat Terengganu sekarang?
6. Tahukah pemimpin-pemimpin di atas sana? Hasrat rakyat Terengganu yang telah mendapat tanah berkelompok untuk mendirikan rumah kini terbantut apabila kerajaan Terengganu terpaksa berjimat cermat. Tanah-tanah RTB di hutan cerang tiada akses perhubungan dan infrastruktur. Pemilik-pemilik ada nombor lot masing-masing namun hajat hendak menjejak kaki tak kesampaian. Bukankah ini yang dinamakan kezaliman untuk rakyat Terengganu yang 90% adalah Melayu yang beragama Islam?
7. Tahukah pemimpin-pemimpin di atas sana? Kerajaan Terengganu berjanji untuk memberi pinjaman tanpa riba kepada muda-mudi yang ingin membeli motosikal buat mencari sesuap makan, semuanya tidak berjalan kerana apa yang diperoleh tidak sama dengan apa yang dibentang dalam belanjawan. Menyekat royalti ke Terengganu menyebabkan ramai anak-anak muda terus terlibat dengan riba apabila membeli motorsikal. Untuk pengetahuan Anwar dan Zahid, untuk kerja-kerja mulia beginilah royalti itu digunakan.
8. Tabung Darul Iman tidak mampu lagi membantu rakyat dengan sempurna. Kalau dulu apabila ada rumah rosak, dihanyutkan banjir atau terbakar, rakyat akan segera dibantu untuk membaiki rumah atau membina rumah baru. Kini kerajaan Terengganu terpaksa menangguhkan bantuan sehinggalah kerajaan Anwar dan kerajaan Zahid Hamidi melunaskan bayaran royalti yang tertunggak.
9. Banyak lagi kesan sekatan royalti petroluem ke Terengganu. Tak perlulah dibentang satu persatu. Hentikanlah kezaliman ini. Anwar, Zahid dan netizen serta penyokong PHBN boleh jawab sesama manusia. Tetapi kalian pasti gagal untuk menjawab di hadapan Allah. Itu yakin dan pasti.
10. Berbaloikah demi kuasa sesingkat usia dengan hukuman Allah atas doa-doa insan yang teraniaya? Ingatlah firman Allah dalam surah Hud, ayat 113:
وَلَا تَرْكَنُوٓا۟ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
”Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#IslamItuTinggi
#TeguhPertahan
5/8/2024
No comments
Post a Comment