NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO terus agenda kebendaan, Anwar tidak mahu ulas kenyataan TGHH



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai banyak kali terlanjur dalam berkata-kata apabila melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih teruk daripada ‘dajal’.

Beliau berkata, susulan keterlanjuran itu, Anwar tidak berhasrat untuk memberi reaksi balas terhadap komentar Ahli Parlimen Marang itu.

“Ustaz Hadi pada tahap sekarang kadang-kala dia banyak terlanjur, jadi saya tidak berhasrat untuk ulas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Muktamar Masjid SeMalaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Jumaat lalu, media melaporkan Abdul Hadi yang juga bekas pemimpin Kesatuan Ulama Sedunia itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti rosak dan meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, UMNO digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak dakwaan itu sambil mengatakan Pas sendiri yang bersifat dajal. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo