NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO takkan berdiam diri walau PH tentang pembebasan Najib



KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan berhenti daripada mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap bekas presiden parti itu yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian dan komitmen parti itu berhubung pembelaan terhadap Najib sentiasa teguh.

Jelas beliau, UMNO akan menjunjung harapan ahli-ahli dan perwakilan parti itu berhubung pembelaan terhadap Najib meskipun ada pihak yang mempertikai ikrar afidavit berhubung titah adendum yang dibuat beliau dan naib presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita tidak pernah lupa akan perjuangan untuk membela sahabat yang juga pemimpin kita yang masih berada di belakang tirai besi.

“Insya-Allah, kita tidak akan berhenti selagi nasib Bossku (Najib) tidak mendapat pembelaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usul pengampunan penuh diberikan kepada Najib adalah yang tertinggi diterima oleh ibu pejabat parti itu.

Ujar beliau, sebanyak 72 daripada 171 Bahagian UMNO yang bermesyuarat tahun ini mengusulkan perkara itu. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo