NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tak gelar sesiapa sebagai ‘dajal’ – Azalina



KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menggelar sesiapa sebagai ‘dajal’ kerana benteng kekuatan orang Melayu-Islam adalah kepimpinan berwawasan sebagaimana terbukti sepanjang parti itu ditubuhkan.

“Kemarahan dan emosi sukar dikawal jika kita mahu lakukan segalanya mengikut keselesaan apatah lagi sehingga ia meminggirkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, UMNO sebagai parti tunjang kaum Melayu tidak akan berkompromi dalam soal Agama, Bangsa dan Raja (3R).

Menurutnya, UMNO sebelum ini tidak pernah undur dalam mempertahankan maruah dan hak orang Melayu.

Antaranya yang paling dibantah adalah agenda untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Perjanjian Rome Statute.

“UMNO telah menolak sejak awal lagi dan tidak akan membenarkan ia dibuat selagi parti ini terus berjuang untuk masyarakat Melayu-Islam.

“Barangkali ada yang melihat BN-UMNO hanya sekadar menjadi pelengkap kerajaan namun dalam kedudukan Presiden UMNO sebagai TPM bersama keseluruhan anggota Kabinet dari parti keramat ini, tidak seinci pun akan dibiarkan maruah dirobek atau dirobohkan perjuangan ke atas Melayu-Islam. 

“Malahan agenda berterusan adalah Pembangunan kesejahteraan masyarakat Melayu-Islam yang tidak menjejaskan kehidupan umat ini di tanah air sendiri,” katanya dalam kenyataan pasca Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024) yang berakhir semalam. 

Dalam pada itu, Azalina berkata, UMNO yang kini berusia 63 tahun juga tidak akan membenarkan perpecahan berlaku disebabkan sesetengah pemimpin atau parti yang sentiasa membuat percaturan politik. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo