NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Kluang yakin dapat majoriti 10,000 undi PRK Mahkota

Ketua Umno Kluang Jais Sarday menyokong kerjasama BN-PH untuk Umno memenangi PRK Mahkota.




KUALA LUMPUR
Ketua Umno Kluang Jais Sarday optimis Barisan Nasional (BN) boleh memenangi kerusi DUN Mahkota PRK 28 Sept ini dengan majoriti selesa 10,000 undi.

Jais memetik PRN terakhir pada Mac 2022, di mana calon BN Sharifah Azizah Syed Zain memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166 undi menentang calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.

Katanya, calon PH Taqiuddin Cheman mendapat lebih 11,000 undi dalam pilihan raya itu.

“Jika kerjasama ini (BN-PH) boleh diterjemahkan dalam konteks itu, saya yakin kita boleh mencapai (kemenangan majoriti 10,000 undi).


PRN dulu dan PRK ini tidak banyak beza. Peratusan keluar mengundi semasa PRN adalah sekitar 57%, dan kali ini, saya jangkakan tidak lebih daripada 70%,

 katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada strategi digunakan dalam PRK Nenggiri akan berulang di Mahkota, Jais berkata demografi pada PRK itu berbeza.

Beliau menyatakan, pengundi Mahkota terdiri kira-kira 56% Melayu, 38% Cina dan kira-kira 18% India. Sebagai perbandingan, DUN Nenggiri terdiri kira-kira 87% Melayu, 14% Orang Asli, dan kurang 1% Cina dan India.

“Komposisi pengundi berbeza dan (di Mahkota) terdapat sebanyak 18 daerah mengundi yang mana lapan daripadanya dikuasai bukan Melayu dan baki 10 lagi oleh Melayu.


Jadi, ia tidak sama, tetapi kita akan pertimbangkan strategi yang sama dengan cara kita menang (Mahkota) pada PRN lalu,

katanya.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos. Penamaan calon akan diadakan pada 14 Sept dan undi awal 24 Sept.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo