Presiden PAS berkata, kini yang tinggal dalam parti dikatakan dihinggapi ‘penyakit tua’ itu hanya mereka yang ‘ada dalam Umno, namun tidak mengundi Umno’.
“Umno yang memerintah sudah berada zaman nyanyuk, lantik ikut suka orang. Dengan sebab itulah banyak kalangan-kalangan orang Umno yang meninggalkan Umno. Tinggal Umno atau yang masih dalam Umno tapi tak undi Umno lagi.
Ini berlaku kerana mereka sedar Umno susah dihinggapi oleh penyakit tua. Maka, kita buat gabungan baru iaitu PN, gabungan untuk menyatukan orang Islam, iaitu Bersatu, PAS, dan orang Umno yang bersedia sokong,
katanya ketika berucap pada ceramah ‘Grand Finale’ di Jerek malam tadi.
Katanya, Malaysia tidak terlepas ditadbir ‘parti nyanyuk’ merujuk Umno kerana didakwa diterajui individu salah sambil mengaitkannya dengan tindakan mahkamah Thailand memecat Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.
Saya baca berita di Thailand, mahkamah buat keputusan supaya perdana menteri Thailand letak jawatan kerana apa? Kerana pilih anggota Kabinet orang ada kes mahkamah yang ada masalah yang telah dihukum,
katanya.
PRK Nenggiri esok menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN diwakili Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan calon PAS Rizwadi Ismail.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment