KUALA LUMPUR – UMNO akan meneruskan konsep perkongsian kuasa seperti yang diamalkan sehingga kini dalam memastikan kelangsungan parti itu mendepani perubahan landskap politik semasa.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli-ahli parti itu semata-mata tidak akan mampu memenangkan UMNO.
Sebaliknya, ujar beliau, yang menjadi penentu kepada kemenangan UMNO adalah pengundi di luar parti itu yang jauh lebih ramai jumlahnya serta lebi besar peratusannya.
Malah, beliau turut mengingatkan ahli-ahli UMNO yang mana parti itu bukan lagi parti dominan seperti suatu ketika dulu.
“Jika sebelum ini kita mengambil pendekatan `go solo’,adakah ia merupakan langkah terbaik dalam keadaan politik semasa?
“Berdasarkan data dan sentimen sekarang, apakah kelebihan yang kita ada?
“Dengan pertambahan pengundi baharu pula, dapatkah kita menguasai persepsi mereka?” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid, UMNO mesti keluar dari `echo chamber’ atau zon selesa dan berani berdepan dengan idea-idea baharu dan perspektif yang beragam supaya tetap relevan dalam lanskap politik yang semakin kompleks.
Ujar beliau, UMNO tidak boleh terbuai dengan fitnah dan tohmah pihak lawan sehingga menanam kesangsian sesama sendiri.
“Jangan leka dengan sedikit kuasa yang ada sehingga kita lupa akan tugas memperkuatkan parti,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment