Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros mengajak rakan komponen kerajaan perpaduan di negeri itu bersatu mengulangi kejayaan manis pada PRK Pulai dan Simpang Jeram tahun lepas. (Gambar Facebook) |
Mengalu-alukan pendirian rasmi Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada BN bertanding, Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros berkata, ia menunjukkan ‘kesungguhan serta komitmen PH untuk terus menyuburkan semangat perpaduan di Johor secara bermuafakat’.
Pemuda Umno Johor menyeru agar semua pimpinan parti membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Johor, untuk fokus memenangkan (BN pada) PRK Mahkota, mengulangi kejayaan manis memenangkan calon-calon (kerajaan) perpaduan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 2023,
katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tumpuan seluruh jentera parti kerajaan adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai usaha kerajaan menambah baik kehidupan rakyat, baik pada peringkat persekutuan mahupun negeri.
Agenda memecah-belah perpaduan rakyat yang dibawa Perikatan Nasional (PN) harus ditolak dan tidak sesekali dibiarkan bertapak di Johor, katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail dilapor mengesahkan gabungan itu akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding pada PRK Mahkota.
Beliau berkata, keputusan menghormati kerusi ‘incumbent’ sepertimana dilakukan BN pada PRK Pulai dan Simpang Jeram pada September tahun lepas dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PH yang pengerusikan Anwar Ibrahim minggu lepas.
Kerusi DUN Mahkota kosong luar jangka selepas penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zin, meninggal dunia pada 2 Ogos lepas akibat pendarahan dalaman.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK diadakan pada 28 Sept, dengan penamaan calon pada 14 Sept dan pengundian awal pada 24 Sept.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment