NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Timbalan speaker Pahang gesa gelaran ‘Tan Sri’ Muhyiddin ditarik




Timbalan Speaker Pahang, Lee Chin Chen menggesa gelaran Tan Sri yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik.


Desakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP  itu ekoran kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.


Susulan daripada ucapan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan terhadap Muhyiddin sebelum Istana Pahang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.


Namun begitu, Muhyiddin semalam menyatakan sedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta berkaitan kenyataan yang dibuat.


Sumber: FB Lee Chin Chen


#boikotsampaimerdeka


Ikuti : 

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/


#TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo