NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak dijemput ke PAU 2024, PH faham UMNO sedang ‘pujuk’ akar umbi



PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) tidak menghadapi sebarang isu susulan keputusan UMNO yang tidak mengundang pemimpin utama parti politik dalam Kerajaan Perpaduan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Ini kerana kesemua pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan sering bertemu pada setiap hari, kata Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil.

“Tiada masalah sebab kita bertemu setiap hari. Jadi, tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat,” katanya mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM 2024) di sini hari ini.

Semalam Asyraf dalam satu sidang media berkata, UMNO tidak menjemput pemimpin utama parti politik dalam Kerajaan Perpaduan pada perhimpunan berkenaan bagi membolehkan ia berlangsung dengan memberi ruang sepenuhnya kepada keluarga UMNO berbincang dan mendalami isu-isu melibatkan parti tersebut.

Tahun lalu, PAU mencipta sejarah menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjejakkan kakinya ke persidangan itu selepas 25 tahun.

Kali terakhir Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR) itu berucap pada PAU adalah pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Selain itu pada tahun lepas ramai pimpinan parti dalam kerajaan juga hadir. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo