KUALA LUMPUR – Ketiadaan Datuk Lokman Nor Adam, Rafizi Ramli dan pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) berkempen dilihat antara faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam.
Penganalisis politik, Syed Rosli Jamalullail secara peribadi berpendapat, ia mungkin salah satu strategi untuk meredakan kontroversi atau ketegangan, membolehkan BN untuk fokus kepada mesej dan agenda utama mereka tanpa gangguan.
“Larangan terhadap Rafizi, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tokoh utama PH itu lebih menenangkan pengundi oleh kerana beberapa siri kenyataan beliau yang amat menguris hati pengundi di beberapa PRK sebelum ini.
“Ketiadaan pemimpin-pemimpin PH dalam kempen mungkin memberi ruang kepada BN untuk menguasai naratif dan pengaruh terhadap pengundi terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan.
Syed Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan berkata, pengundi Melayu mungkin merasa lebih selesa dan terjamin dengan ketiadaan pemimpin PH yang berceramah kerana ia boleh membawa kepada peningkatan sokongan kepada BN.
“Ini boleh disebabkan oleh persepsi bahawa kepimpinan UMNO lebih memahami dan mewakili kepentingan mereka,” katanya.
Selain itu, langkah BN meletakkan calon anak muda tempatan yang memang sudah dikenali oleh masyarakat tempatan kerana khidmat bakti beliau sebelum ini amat memainkan peranan penting kemenangan Umno BN di PRK Nenggiri.
“Faktor-faktor ini menunjukkan bagaimana strategi kempen, persepsi pengundi, dan ketiadaan pengaruh dari pihak lawan boleh mempengaruhi keputusan PRK, khususnya dalam konteks politik di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu,” katanya.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau mesra disapa Awie
menang dengan meraih 9,091 undi manakala calon Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail memperoleh 5,739 undi.
“Tahniah kepada YB Awie yang bakal dinobatkan sebagai Yang Berkhidmat bagi DUN Menggiri dan terima kasih semua jentera-jentera UMNO, BN seluruh negara yang berkerja keras berkempen di ceramah, rumah ke rumah dan juga melalui saluran media elektronik serta media sosial di atas kejayaan merampas kerusi DUN Nenggiri semula dari PN dengan majoriti amat besar,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment